Sejarah Khalifah Rasulullah
oleh Dr. Amin Qudah, Zulkifli Mohd. Yusoff
Sesuai untuk dibaca oleh semua pelajar khususnya pelajar tingkatan 4 dan 5 bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang tokoh-tokoh agung dalam sejarah Islam.
Buku ini tidak tebal, bahasa yang mudah difahami…memang amat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan yang santai tetapi penuh berinformasi.
‘Tidak kenal maka tidak cinta‘ begitulah perumpamaan yang paling sesuai untuk dikatakan tentang buku ini. Bila para pelajar membaca buku ini, anda akan mengenali tokoh-tokoh agung Islam ini dengan lebih mendalam lagi. Maka semangat, idealisme tokoh, cara kepimpinan tokoh yang berpegang kepada al-Quran dan Sunnah wajar menjadi tauladan yang amat berguna kepada kita dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar ini. Kerana kitalah generasi pemimpin hari ini.
Buku ini memuatkan tentang sifat, sikap, karektor tokoh, pergorbanan tokoh yang tiada tolok bandingnya dalam menegakkan syiar Islam, kedudukan tokoh dalam masyarakat, kepimpinan tokoh, dan yang paling penting sumbangan tokoh dalam meneruskan perjuangan Rasulullah menyebarkan Islam.
Harga: RM 18.00 / RM 20.00
ISBN-13: 978-967-5137-07-5
Tarikh Terbit: 4 Nov 2008
Jumlah Muka Surat : 152
Kategori: Bukan Fiksyen, Sejarah, Islam, Politik & Sejarah
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
