LAMAN UTAMA

SELAMAT BERKUNJUNG KE BLOG SEJARAH@ CIKGU YATI

FOKUS UTAMA PEMBINAAN BLOG INI ADALAH UNTUK BERKONGSI BAHAN-BAHAN YANG DIHASILKAN OLEH CIKGU YATI ZAIN SENDIRI BAGI TUJUAN UNTUK DIMANFAATKAN KEGUNAANNYA OLEH  RAKAN-RAKAN GURU DAN PARA PELAJAR.  

BAHAN-BAHAN YANG DIMUATNAIKKAN BAHAN-BAHAN ADALAH BERKAITAN DENGAN PdP DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN SEJARAH. (juga dimuat naik bahan-bahan yang berkaitan dengan tugas-tugas khas  yang diamanahkan kepada cikgu YatiZain)

SEMOGA APA YANG DIPAPAR DALAM BLOG INI DAPAT MEMBANTU PARA GURU UNTUK MENINGKATKAN LAGI KOPETENSI GURU SEJARAH DAN PARA PELAJAR MEMAHAMI SEJARAH DENGAN LEBIH BERKESAN DAN  MENINGKATKAN MINAT MEREKA TERHADAP SEJARAH BANGSA DAN NEGARA TERCINTA.

Video e-Guru Cikgu Yati

Salam dan selamat sejahtera. Tahun ini Cikgu Yati diberi peluang oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan KPM untuk menghasilkan rakaman Video e-Guru yang dimuatnaik dalam Portal e-Guru KPM. Dua aktiviti PdP telah berjaya dirakamkan. Walaupuan agak memenatkan, namun hasilnya berbaloi apabila hubungan dengan murid-murid yang terlibat bertambah mesra. Malah mereka menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti lebih aktif, mampu mengemukakan soalan-soalan aras tinggi, kemahiran berkomunikasi bertambah baik, dan keyakinan diri juga turut meningkat. Tetapi apa yang lebih menarik lagi ialah semangat perpaduan dalam kalangan murid berjaya diperkasakan. Cikgu Yati merakamkan terima kasih kepada murid-murid yang terlibat dalam menjayakan rakaman video tersebut atas kesudian berkorban masa dan tenaga. Semoga video ini banyak memberi manfaat kepada kecemerlangan pendidikan di negara kita. saksikan.

PERKEMBANGAN PERUSAHAAN PERLOMBONGAN – TINGKATAN 2

DATO’ MAHARAJA LELA – TINGKATAN 2

http://pnp.moe.edu.my/eguru/

PERKEMBANGAN PERUSAHAAN PERLOMBONGAN – TING. 2

http://pnp.moe.edu.my/eguru/#2

By cikguyati Posted in Uncategorized

Kursus i-Think Dalam Talian (KiDT)

Salam …

SMKSBS sekolah bertuah yang dipilih sebagai sekolah rintis bagi pelaksanaan KiDT. Manakala, saya juga bertuah kerana dilantik sebagai penyelaras program i-Think sekolah. Di sini, saya share bahan yang telah saya dihasilkan sebagai pencerahan kepada guru-guru dalam melaksanakan KiDT. Di samping, dokumen yang boleh digunakan oleh penyelaras program i-Think bagi memastikan kursus ini berjaya mencapaikan matlamatnya…

Panduan KKDT khas utk Cikgu SBS sahaja – edited

Pelan Pelaksanaan i-Think SMKSBS

Templat Senarai Semak Tugasan Guru KiDT

Pautan ke laman kursus di sini –>    https://www.ithinkonline.org.my/

By cikguyati Posted in Uncategorized

SEJARAH KHALIFAH RASULULLAH

Sejarah Khalifah Rasulullah

oleh Dr. Amin Qudah, Zulkifli Mohd. Yusoff

Sesuai untuk dibaca oleh semua pelajar khususnya pelajar tingkatan 4 dan 5 bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang tokoh-tokoh agung dalam sejarah Islam. 

Buku ini tidak tebal, bahasa yang mudah difahami…memang amat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan  yang santai tetapi penuh berinformasi.

‘Tidak kenal maka tidak cintabegitulah perumpamaan yang paling sesuai untuk dikatakan tentang buku ini. Bila para pelajar membaca buku ini, anda akan mengenali tokoh-tokoh agung Islam ini dengan lebih mendalam lagi. Maka semangat,  idealisme tokoh, cara kepimpinan tokoh yang berpegang kepada al-Quran dan Sunnah wajar menjadi tauladan yang amat berguna kepada kita dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar ini. Kerana kitalah generasi pemimpin hari ini.

Buku ini memuatkan tentang sifat, sikap, karektor tokoh, pergorbanan tokoh yang tiada tolok bandingnya dalam menegakkan syiar Islam, kedudukan tokoh dalam masyarakat, kepimpinan tokoh, dan yang paling penting sumbangan tokoh dalam meneruskan perjuangan Rasulullah menyebarkan Islam.

 

Harga: RM 18.00 / RM 20.00
ISBN-13: 978-967-5137-07-5
Tarikh Terbit: 4 Nov 2008
Jumlah Muka Surat : 152

Kategori: Bukan Fiksyen, Sejarah, Islam, Politik & Sejarah

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

RUMAH KITA

Salam 1Malaysia

Lirik Lagu Rumah Kita -ND Lala

Lirik Lagu Rumah Kita -ND Lala

Mari kita cari titik persamaan,
Jangan dibesarkan titik perbezaan,
Di situ bermula perpaduan kita,
Di situ bermula perpecahan kita…

Benarkah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Duduklah di kerusi,
Jangan duduk di lantai saja…

Rumah ini rumah kita,
Memang benar dek oi,
Sudah terang lagi lah nyata,
Jangan sengketa,
Sesama kita jangan sengketa…

Rumah ini rumah kita,
Jangan biarkan orang yang jaga,
Ditangan kita,
Buruk baik ditangan kita…

Benarlah ini rumah kita,
Makan la isi,
Jangan hanya hirup kuahnya…

Baru tentu hala tujunya,
Anak cucu terpelihara,
Berbaik berpada-pada,
Jangan cacing naik ke mata.

al-Kisah

Assalamualaikum w.b.t.  dan Salam 1Malaysia

al-kisah aku seorang guru sejarah. Bagi pelajar subjek sejarah subjek yang membosankan…maka aku juga boleh jadi guru yang membosankan. betul ke begitu…

sebenarnya stigma pelajar ini oleh diubah…bergantung kepada guru yg mengajar..tidak kira apa minat pelajar kalau guru yg mengajar itu membosankan…maka sujek yg tadi minat pun boleh jadi subjek yg paling membosankan.

Jadi tepuk dada..tanya selera…mahu ke anda menjadi seorang guru yang membosankan…bagi aku..sudah tentu tidak…

Mat Kilau Pahlawan Pahang

Salam perpaduan 1Malaysia..

Buku bulan ini yang cikgu baca ialah sebuah novel sejarah berjudul Mat Kilau Pahlawan Pahang karya Abdul Latip Talib terbitan PTS (2009). Buku ini cukup menarik untuk di baca oleh para pelajar khususnya  agar lebih memahami sejarah negeri Pahang dan memahami muslihat British dalam meluaskan pengaruhnya seterusnya menguasai negeri Pahang. Pelajar tingkatan dua khususnya akan mempelajari topik berkaitan dengan Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang (dalam bab 7) akan lebih memahami peristiwa perjuangan tokoh tersebut dengan membaca novel ini. Ini kerana Mat Kilau banyak berjuang bersama dengan Dato’ Bahaman.

Dalam novel ini juga, kita boleh lihat bagaimana sebenarnya pemimpin Melayu dahulu mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam pertahanan, namun disebabkan tipu muslihat British akhirnya perjuangan pemimpin menemui kegagalan. Kegagalan ini sebenarnya bukanlah kerana British yang bijak tetapi sebenarnya …berpunca daripada sikap orang Melayu sendiri ketika itu yang tidak bersatu padu dalam membantu perjuangan tokoh…. Itulah perkara yang kita hadapi kini dalam memperkasakan bangsa kita…kita masih belum utuh dalam bab perpaduan ini…

Dalam novel ini juga….mengajar kita untuk sentiasa menyiasat berita yang kita terima benar ataupun palsu…kalau kita menerima  segala berita dengan sepenuh kepercayaan … inilah yang menyebabkan kita akan sentiasa buruk sangka, curiga, malah akan menyebabkan kita mudah ditipu serta gagal dalam perjuangan kita.. Perkara ini dapat dilihat dalam watak Sultan Pahang ketika itu, yang mempercayai kata-kata penasihat British tanpa berusaha untuk memastikan kebenarannya. AKhirnya…Sultan Pahang menyedari perkara tersebut..tapi nasi telah menjadi bubur. Kesannya negeri Pahang secara rasminya menerima Residen British yang menyebabkan kuasa sultan terjejas dan sistem pembesar tempatan terkubur.

Oleh sebab itu, dalam disiplin sejarah amat menganjurkan kita perlu mengetahui sesuatu maklumat yang kita terima itu benar atau palsu dengan menyiasat dan menentukan sumber yang sahih. Renung-renungkanlah dan bacalah novel ini untuk mencambahkan lagi pengetahuan anda terhadap sejarah negara dan seterusnya meningkatkan semangat patriotik anda….